Artikel

Seramai 11.36 Juta Rakyat Malaysia Tebus RM50 Dalam Dompet Digital Dibawah ePenjana

Kerajaan hari ini mengumumkan yang mana seramai 11.36 juta rakyat Malaysia telah menerima kredit sebanyak RM50 melalui dompet digital. Ini sekaligus memperlihatkan sejumlah RM567.9 juta dikeluarkan dan dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk merancakkan lagi ekonomi Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan telah menawarkan kredit RM50 melalui program ePenjana sehingga 24 September 2020 lepas. Ia ditawarkan melalui dompet digital Boost, Grab, dan Touch n Go eWallet.

Kerajaan turut mengalakkan penyedia perkhidmatan dompet digital padankan kredit berkenaan – namun, ia tidak diketahui sama ada mereka berjaya padankan sepenuhnya atau sebaliknya.