Ternyata pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula April lalu telah memberi pembagai manfaat kepda rakyat Malaysia.
Berdasarkan tinjauan Kaji Selidik Prihatin yang dilakukan Unit LAKSANA bersama Jabatan Perangkaan (DoSM), seramai 11,000 responden telah mengambil bahagian mengatakan pendapat mereka berhubung pemberian bantuan yang diberikan.
Susulan itu, bagi segmen bantuan secara one-off telah memaparkan sekitar 68% iaitu 7,480 responden berpuas hati akan saluran dana tersebut.
Ini bermakna panyaluran dana BPN 2.0 dengan nilai RM7 bilion dijangka dapat meringankan lagi bebanan serta mengurangkan masalah kewangan isi rumah dan kumpulan bujang. Khususnya pada kategori B40 dan M40
Untuk makluman, sekitar 10.6 juta penerima BPN sebelum ini akan menerima bantuan tersebut secara automatik mulai 15 Oktober hingga 15 November ini.
Peruntukan tersebut akan disalurkan kepada dua ansuran iaitu pada penghujung bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.
- RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah kelas B40
- RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang
- RM600 kepada sekitar 1.4 juta isi rumah kelas M40
- RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang
Bagi permohonan baharu BPN, pihak yang terlibat boleh melakukan permohonan secara atas talian pada laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).