Artikel

Ikea Tawar Baucar Sehingga 50% Kepada Pelanggan Yang Menjual Kembali Produk Terpakai Mereka

Ikea, perniagaan perabot terbesar di dunia kini merancang untuk membeli perabot terpakai dan menjualnya semula.

Inisiatif “Buy Back” akan dilancarkan bertepatan dengan kempen Black Friday, pada bulan hadapan bermula 24 November sehingga 3 Disember ini. Ia adalah usaha mereka memastikan kelestarian produk terus dapat dikekalkan.

Apa yang menariknya dibawah rancangan itu, ia akan menawarkan baucar bernilai sehingga 50% dari harga asal, yang akan dibelanjakan pelanggan pada cawangannya.

Ini bermakna, para pelanggan akan menerima baucar bukannya bayaran berbentuk wang tunai.

Tujuan inisiatif ini adalah untuk mengalakkan pengurangan penggunaan barangan lama secara berterusan dalam kalangan pelanggannya.

Pemberian baucar ikea ini akan bergantung kepada nilai atau keadaan barangan terpakai yang akan dikembalikan oleh para pelanggan mereka.

Para pelanggan dikehendaki mencatat barangan Ikea yang ingin dikembalikan dan kemudiannya akan dimaklumkan anggaran nilainya.

Item tahap “seperti baru”, tanpa calar, akan perolehi 50% daripada harga asal, manakala item “sangat bagus” dengan calar kecil akan mendapat 40% dan item pada tahap “baik”, dengan beberapa calar, akan memperolehi baucar pembelian 30%.

Segala barangan terpakai ini akan diperbaharui atau dibaiki sekiranya keadaan barangan tidak memuaskan.

Tawaran itu bagaimanapun akan dilaksanakan di 27 buah negara sahaja dari 50 buah negara cawangan Ikea. Antara produk tawaran adalah seperti rak buku, kerusi, bangku, meja dan meja makan Billy yang diminati ramai.

Ikea turut memaklumkan bagi barangan perabot yang tidak dapat dijual semula, pihaknya akan mengitar semula barangan tersebut atau akan disumbangkan kepada projek masyarakat untuk membantu mereka yang terkesan disebabkan COVID-19.

Ikea juga merancang untuk membangunkan kawasan khusus di setiap cawangan mereka untuk memudahkan pelanggan mereka menjual kembali perabot lama dan mengantikan dengan barangan Ikea baharu.