Bank Dunia kini meluluskan peruntukan sebanyak RM49.7 bilion (AS$12 bilion) bagi pembiayaan bekalan vaksin dan rawatan COVID-19 kepada negara-negara sedang membangun.
Usaha itu menyasarkan sokongan pembekalan vaksin ke atas jutaan individu di dunia.
Untuk makluman peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada pakej Kumpulan Bank Dunia (WBG) – yang secara keseluruhannya memperuntukkan dana sehingga RM663.3 bilion (AS$160 bilion).
Menurut David Malpass – Presiden Bank Dunia, usaha ini adalah untuk memberi akses kepada negara luar dan membantu ekonomi global. Sekiranya bantuan tersebut tidak diberikan, sudah pasti status pemulihan ekonomi global tidak akan dapat dicapai semula.
Peruntukan itu akan berterusan sehingga 2021, ia bertujuan membantu indsutri penyelidikan negara-negara sedang membangun untuk memperolehi akses dan pengetahuan kaedah mengatasi penularan pandemik tersebut.
Malah negara-negara maju turut akan terlibat dalam kerjasama mempertingkatkan pengedaran vaksin secara meluas.