Artikel

IMF Jangka KDNK Malaysia Meningkat 7.8% Pada 2021

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan meningkat sebanyak 7.8% pada tahun 2021.

Kenyataan ini dinyatakan berikutan pemerhatian pada Prospek Ekonomi Dunia (WEO) Oktober 2020 yang dipaparkan semalam. Berdasarkan pengamatan tersebut ekonomi negara Asia dijangka alami kemerosotan yang sederhana berbanding negara Eropah.

Antara aspek yang mendorong jangkaan tersebut adalah berikutan kawalan pandemik negara Asia dilihat lebih teratur dan penurunan KDNK pada nilai yang kecil dapat diperhatikan pada laporan separuh pertama tahun 2020.

Selain itu, IMF juga telah menyemak semula ramalan KDNK Malaysia 2020 menjadi 6.0% penguncupan tahun ke tahun daripada penguncupan 3.8% yang dianggarkan sebelumnya.