Artikel

Kita Masih Belum Terlambat – PM Muhyiddin Yassin

Berdasarkan sidang media Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, antara kenyataanya adalah negara masih belum terlambat pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

PM Muhyiddin menyifatkan tindakan penguatkuasaan itu masih berada di dalam kawalan negara.

Pada ketika ini sasaran kerajaan adalah untuk mengurangkan pergerakan rakyat negara bagi kawasan yang berpotensi memiliki angka kes positif COVID-19. Usaha ini juga dilihat bagi mengurangkan kadar penularan pandemik menjadi lebih teruk.

Pada sidang yang sama, PM Muhyiddin turut menyentuh perihal pembangunan vaksin yang sedang dilakukan oleh negara. Antara khabar baiknya adalah China bersetuju mengutamakan Malaysia pada proses pembekalan vaksin COVID-19. Kenyataan itu memberi petanda yang baik buat kesihatan negara.

Sementara itu, negara juga kini sedang mempertingkatkan kawalan pintu masuk negara dari terus diceroboh pendatang asing tanpa izin (PATI). Ini kerana segelintir isu penularan kes positif COVID-19 telah difahamkan didorong oleh pembawakan wabak dari kelompok tersebut.

Perkara itu perlu diberi perhatian dan diperkemaskan bagi meningkatkan kekuatan tenaga pihak berkuasa.

Seterusnya, PM Muhyiddin turut mengulas lanjut berhubung isu Belanjawan 2021 dengan memberi sedikit gambaran bahawa – tumpuan kerajaan ke atas bajet tersebut adalah merangkumi sokongan bersasar dan sokongan kepada pihak yang mudah terjejas.

Menurut beliau – tumpuan tersebut akan menjadi khabar gembira buat rakyat kelak, bagaimanapun ulasan lanjut tidak dimaklumkan dengan lebih terperinci.

Melihat pada situasi kini, PM Muhyiddin menyifatkan pelaksanaan PKPB ke atas Selangor, Putarajaya dan KL ini diklasifikasikan tidak terlalu ketat. Ia kerana masih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat, khususnya pembukaan operasi perniagaan kekal dibuka, sekadar penetapan dan kawalan pergerakan sahaja dihadkan pada tempoh tertentu.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi mejayakan kawalan ini.