Artikel

Setiap Pekerja Diluar Daerah PKPB, Wajib Membawa Pas Kebenaran Majikan – MKN

Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 14 Oktober ini ke atas Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelbagai rangkuman garis panduan telah dinyatakan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri pada sidang media sebentar tadi.

Antara garis panduan yang telah Majlis Keselamatan Negara (MKN) paparkan adalah

  • Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan tetapi bagi kes kecemasan akan dikecualikan tetapi rakyat negara perlu membuat permohonan secara atas talian kepada PDRM
  • Setiap pekerja yang berada diluar kawasan daerah perlu menunjukkan pas kebenaran majikan bagi melakukan perjalanan keluar masuk daerah dan negeri.
  • Perjalanan udara atau perjalanan penerbangan perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak PDRM terlebih dahulu sebelum membeli tiket.
  • Kesemua aktiviti ekonomi pada daerah yang terlibat dapat dijalankan seperti biasa, tiada sebarang sekatan dilakukan – dibenarkan pada jam 6 petang sehingga 10 malam
  • MKN turut mengalakkan penggunaan kaedah penghantaran dan pandu lalu
  • Stesen minyak beroperasi pada jam 6 pagi hingga 10 malam, melainkan pada kawasan lebuh raya – operasi ditetapkan selama 24 jam
  • Pengangkutan awam seperti bas dan LRT akan beroperasi seperti biasa disebabkan sektor ekonomi masih lagi dibuka
  • Bagi pengurusan keagamaan seperti Masjid dan rumah ibadat agama pula – kekal dibuka dengan penglibatan 6 individu sahaja. (Perkara ini tertakluk pada keputusan majlis agama setiap negeri)
  • Aktiviti riadah seperti sukan secara fizikal tidak dibenarkan. Termasuklah aktiviti sosial dan hiburan seperti sebarang acara perkahwinan, perjumpaan – yang melibatkan ramai individu berkumpul

Itu antara rangkuman yang diperkatakan oleh DS Ismail Sabri ketika memberi penjelasan berhubung pergerakan operasi PKPB kelak. Sebarang makluman lanjut berkenaan penetapan garis panduan PKPB, akan dimaklumkan kemudian.