Pos Malaysia pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran perkhidmatan penghantaran surat dan bungkusan. Terbaru, bercakap berkenaan misi syarikat, Pos Malaysia mengatakan mereka mungkin menilai semula misi syarikat mereka, dan mungkin beralih kepada pusat edagang pada masa akan datang.
Dengan beralih pusat edagang, ia akan memudahkan pelbagai penyedia perkhidmatan edagang atau kedai atas-talian untuk menyimpan barang dan menghantarnya melalui pusat yang mudah.
Langkah ini akan terus Pos Malaysia unggul dalam arena penghantaran, dan menggunakan inovasi digital untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Pos Malaysia juga mengatakan ia turut membolehkan mereka mewujudkan peluang pekerjaan baru melalui program Pos Rider.