Artikel

Kadar Pengangguran Malaysia Kekal Pada Paras 4.7% – Sekitar 741,600 Penganggur Dicatatkan

Tahap pengangguran Malaysia bagi bulan Ogos 2020 kini kekal pada paras 4.7%.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dilihat lebih baik berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin – jumlah penganggur pada bulan Ogos 2020 telah menurun 0.5% kepada kira-kira 741.600 orang berbanding Julai 2020.

Berdasarkan keadaan pekerja dan pengangguran pada bulan Ogos 2020, tenaga kerja adalah sekitar 15.9 juta orang dengan Julai 2020 seramai 15.82 juta orang.

Selaras dengan itu, nisbah pekerjaan dan populasi telah menunjukkan kemampuan ekonomi negara mampu mewujudkan peningkatan peratusan pekerjaan kepada 0.3 mata per bulan ke bulan menjadi 65.2%, sedang Julai lalu sekadar anggaran 64.9% sahaja.