Seperti yang umum ketahui, Anwar Ibrahim sebelum ini telah memaklumkan pihaknya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini (13 Oktober).
Pertemuan ini bagi mengemukakan bukti kukuh berkenaan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam membentuk pimpinan baharu.
Malah, Anwar turut mengatakan keyakinannya terhadap sokongan majoriti ini sekaligus telah mengenepikan sokongan pada pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, setakat ini menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil masih tiada sebarang makluman lanjut berkenaan masa pertemuan tersebut.
Berita lanjut akan dimaklumkan kemudian.