Artikel

Malindo Rancang Pemberhentian Pekerja – Seramai 2,200 Kakitangan Akan Terkesan

Malindo Airways Sdn Bhd kini akan mengurangkan lebih dari separuh tenaga kerjanya.

Berdasarkan laporan The Vibes – tindakan itu dilakukan susulan kejatuhan perniagaan mereka disebabkan krisis pandemik COVID-19. Untuk makluman, setakat ini Malindo Airways memiliki sekitar 3,200 kakitangan.

Pengurangan separuh tenaga kerja ini dianggarkan merangkumi sekitar 2,200 pekerja yang akan terkesan.

Selain pengurangan tenaga kerja, syarikat tersebut juga turut mengurangkan kapasiti pesawat mereka kepada 5 jet Boeing 737 dan 6 enjin jet (turboprop) ATR sahaja.

Makluman pemberhentian pekerja itu dijangka akan berlaku pada 30 November ini. Ia kerana bagi menyelesaikan komitmen pembayaran gaji pekerja dahulu,

Ini bukanlah kerugian pertama yang terpaksa dilalui Malindo, sebelum ini bersama pemegang sahamnya Lion Air Group Indonesia, turut pernah mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM582.77 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.