Artikel

Selain Facebook, Pekerja Microsoft Kini Dibenarkan Bekerja Dari Rumah Secara Tetap

Microsoft kini mula membenarkan para pekerjanya untuk bekerja dari rumah secara tetap.

Syarikat perisian global itu mengatakan tindakan itu didorong hasil peningkatan penularan wabak COVID-19 yang sedang berlaku ketika ini.

Rentetan krisis pandemik tersebut dilihat semakin berlanjutan, rata-rata-rata pekerja masih melakukan pekerjaan dari rumah dan tindakan itu perlu diteruskan demi menjamin keselamatan dan kebajikan kakitangan mereka.

Malah, Microsoft buat masa ini tidak memiliki sebarang keputusan berhubung pembukaan operasi mereka di cawangan masing-masing. Perkara itu berkemungkinan akan berlanjutan sehingga Januari 2021.

Menurut Kathleen Hlogan, Ketua Pegawai Microsoft – pihak pengurusan sedaya upaya memberi fleksibiliti kepada tenaga kerja Microsoft, selain memastikan kestabilan operasi pihaknya juga perlu menyeimbangkan gaya hidup pekerja mereka – supaya tidak terbeban.

Bagaimanapun penetapan ini tidak tertakluk kepada semua pekerja, ada diantara tenaga kerja akan terus berada di pejabat mahupun makmal Microsoft.

Malah disebabkan tindakan itu, berkemungkinan memberi kesan kepada perolehan gaji mereka.

Setakat ini, dianggarkan Microsoft memiliki sekitar 163,000 kakitangan – 96,000 kakitangan adalah operasi di AS.

Selain Microsoft, Facebook juga turut melaksanakan tindakan yang sama berhubung penerapan konsep bekerja dari rumah untuk kakitangannya.