Artikel

Jualan Kenderaan Terpakai Terus Meningkat, Perodua Myvi Antara Pilihan Utama

Ternyata keadaan krisis COVID-19 kini dilihat telah menguntungkan jualan kenderaan terpakai negara.

Perkara tersebut dapat dilihat hasil peningkatan pemintaan kenderaan terpakai sejak tiga bulan terakhir ini, di mana sekitar 112,400 unit kenderaan terpakai telah terjual. Angka itu memperlihatkan lonjakan peratusan jualan pada Julai adalah 25%, sementara itu Ogos dan September mencatatkan pertumbuhan 17%.

Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) Datuk Tony Khor menyifatkan tindakan kerajaan dalam pelaksanaan pengecualian cukai serta moratorium telah mendorong kepada peningkatan jualan sejak Jun lalu.

Perkara itu dilihat amat membrangsangkan, rata-rata rakyat negara kini lebih gemar melakukan perjalanan bersama kenderaan sendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa, pemintaan kenderaan terpakai mulai meningkat. Antara fokus pengguna pada permintaan kenderaan terpakai adalah pada kadar harga RM30,000 hingga RM40,000.

Setakat ini, pilihan permintaan rakyat negara adalah Perodua Myvi, diikuti Proton Persona, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City.