Artikel

Ekuinas Menjual Keseluruhan Pegangan Pada Syarikat Minuman, Coolblog

Ekuiti Nasional atau Ekuinas, kini telah mengumumkan mereka telah menjual keseluruhan pegangan mereka – sebanyak 60% pada salah satu syarikat minuman tempatan, iaitu Coolblog.

Ekuinas menjual pegangan sebanyak 60% apda syarikat berkenaan kepada sebuah firma ekuiti swasta pada nilai RM75 juta.

Coolblog pada hari ini mempunyai lebih 270 kedai di Malaysia. Dengan populariti minuman yang semakin meningkat dari hari ke hari, pendapatan dan jualan Coolblog juga turut memperlihatkan peningkatan secara positif.

Ekuinas sebelum ini telah membuat pelaburan pada Coolblog pada 2014 yang lepas. Ia dikatakan pelaburan ini telah menjana IRR sebanyak 6.4%, dengan menggandakan pelaburan sebanyak 1.4 kali.