Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengarahkan penutupan sekolah yang disahkan memiliki kes positif COVID-19 untuk ditutup bagi sementara waktu.
Penelitian ini dilakukan rentetan mengambilkira perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung keselamatan serta faktor penularan wabak.
Pada sepanjang tempoh ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah mengesan beberapa kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah.
Setakat ini, pihak PKD sedang melakukan analisa risiko secara menyeluruh ke atas jangkitan kes yang terlibat.
Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur. Kedua-dua sekolah tersebut telah diarahkan tutup bermula 9 Oktober sehingga 16 Oktober ini.
Keputusan ini melibatkan jumlah 2,978 pelajar sekolah rendah dan 211 orang guru serta kakitangan.
Arahan penutupan tersebut dilakukan selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Dibawah akta ini ia mengawal penularan wabak COVID-19 dan membolehkan kerja-kerja pembersihan serta disinfeksi, pengesanan kontak rapat dapat dilakukan.