Tesco Malaysia kini telah menerapkan penggunaan pembayaran seluruh dompet digital di medan selera cawangannya.
Usaha ini bukan sekadar menjadi pendorong kepada penggunaan pembayaran secara nirtunai dapat dilakukan, malah turut mempercepatkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna Tesco.
Tindakan ini secara terus memberi manfaat kepada pertumbuhan keuntungan dalam kalangan peniaga medan selera di Tesco.
Malah tindakan ini juga turut dibuktikan menerusi tinjauan Mastercard pada Jun lalu, memperlihatkan penggunaan dompet digital dalam kalangan rakyat Malaysia telah mencecah sekitar 40%. Peratusan ini adalah tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara.
Menurut Sushmita Paul, Ketua Pegawai Operasi Tesco – pihaknya berbesar hati dalam melaksanakan penawaran dompet digital ini – ia bukan sekadar mengalakkan penglibatan pengguna pada kaedah nirtunai tetapi turut membantu mereka menjaga penjarakan fizikal dikala krisis pandemik ketika ini.
Selain itu, usaha ini juga dilihat turut dapat meningkatkan jumlah pelanggan Tesco, khususnya dalam kalangan anak muda yang sememangnya gemar menggunakan keadah secara nirtunai.