Artikel

Sebar Berita Palsu Berhubung Isu COVID-19, Denda Sehingga RM50,000 Boleh Dikenakan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang makluman palsu berhubung isu COVDI-19.

Ini kerana sebelum ini telah tular penyebaran maklumat mengatakan terdapat pengesahan beberapa ahli politik disahkan positif COVID-19, bagaimanapun MCMC menyangkal maklumat tersebut.

Tindakan tegas akan diambil oleh pihak MCMC bersama kerjasama PDRM ke atas individu yang cuba menyebarkan dakwaan palsu, sekaligus menyebabkan kerunsingan pada mentaliti rakyat negara.

Malah tindakan ini dilihat selaras dengan penguatkuasaan kesalahan dibawah penyebaran maklumat palsu menerusi SMS mahupun media sosial pada Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekiranya didapati bersalah, individu yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun mahupun kedua-duanya.