Artikel

Negara Asia Selatan Alami Kemelesetan Terburuk, Kemiskinan Melampau Dicatatkan – Bank Dunia

Susulan krisis pandemik COVID-19, ternyata ia telah mendorong kepada kemiskinan yang melampau ke atas satu per empat negara di Asia Selatan.

Menurut Bank Dunia, ini adalah kemelesetan ekonomi yang terburuk buat negara di sana. Antara negara yang terkesan adalah seperti India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa lagi.

Penganlisis ekonomi kini menganggarkan penurunan pertumbuhan sekitar 7.7% kepada negara Asia Selatan. Berdasarkan pemerhatian sektor swasta paling terjejas dan sukar untuk dipulihkan dalam masa yang singkat.

Melihat pada laporan Reuters – India berkemungkinan mengalami penurunan pertumbuhan sebanyak 9.5% untuk tahun 2020.

Malah Bank Dunia turut memberi amaran kepada para pelabur untuk kekal berwaspada pada pasaran dagangan ketika ini. Ia kerana pelabagai faktor tekanan sedang dilalui oleh negara Asia Selatan khususnya dari segi meningkatkan perbelanjaan serta bebanan pinjaman sistem perbankan di negara tersebut.

Setakat ini, India telah mencatatkan peningkatan jangkitan COVID-19 pada kadar 6.84 juta, sementara itu Pakistan dan Bangladesh pula mencatatkan angka lebih 310,000 kes COVID-19.