Berikutan krisis pandemik ini telah mengubah cara dunia berhubung, Fave kini mengambil peluang untuk bersama GrabPay dengan menawarkan kaedah bayaran secara nirtunai (tanpa tunai).
Pelan integrasi ini secara langsung telah membantu para pengguna untuk mengekalkan penjarakan fizikal mereka sewaktu melakukan pembelian di kaunter kedai fizikal.
Menerusi platform ini ia menawarkan ganjaran serta pulangan tunai pada lebih 17,000 kedai fizikal kepada para pengguna Fave dan GrabPay. Pengguna kini tidak hanya memiliki pulangan tunai sebanyak 20% di Fave, tetapi turut menerima GrabRewards pada platform Grab. Menarik bukan? Antara jenama yang turut terlibat pada penggunaan ini adalah Puma, Focus Point, San Francissco serta pelbagai lagi.
Menerusi kerjasama ini, Fave menjangkakan penggunaan secara nirtunai akan berterusan meningkat sehingga tiga kali ganda penggunaannya.
Dengan adanya manfaat pulangan tunai pada setiap penggunaan dompet digital di platform Fave – ia bukan sekadar memudahkan pengguna, bahkan turut memberi penjimatan sehingga 80% pada setiap pembelian di outlet yang terlibat.
Apa yang lebih menarik, pengguna tidak hanya dapat menggunakan pulangan tunai untuk sebarang potongan harga, malah turut dapat menggunakan mata ganjaran pada AirAsia Big Points atau mana-mana mata ganjaran yang dimiliki pada setiap kad kredit.
Berdasarkan pemerhatian Fave, rakyat Malaysia dilihat gemar menggunakan ciri dompet digital pada setiap pembelian mereka. Tindakan itu dilihat tidak hanya mempercepatkan penerapan nirtunai pada kalangan rakyat tempatan malah ia secara tidak langsung turut mendorong kepada peningkatan aliran tunai ekonomi negara.
Setakat ini, penggunaan aplikasi hanya tertakluk pada kedai fizikal dan pusat membeli-belah sahaja. Tumpuan pembayaran pada setiap negeri juga buat masa ini hanya tertumpu pada persekitaran bandar.