Bank Rakyat kini telah mengumumkan yang mana mereka akan melakukan naik-taraf untuk sistem perbankan teras mereka bermula Jumaat 9 Oktober 2020 jam 4 petang, sehingga 12 Oktober 2020 jam 12 tengah hari.
Bank Rakyat mengatakan sejumlah besar perkhidmatan mereka akan terjejas, termasuk perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat atau Ar-Rahnu.
Disamping itu, perkhidmatan lain yang terjejas adalah termasuk:
- Perbankan internet iRakyat
- iBizRakyat
- Kad Debit-i
- Terminal Layan diri Bank Rakyat
- Ejen Bank, Bank Rakyat