Artikel

SPRM Bertindak Membekukan 730 Akaun Bank Bernilai RM80 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini telah mula bertindak membekukan sekitar 730 akaun bank yang bernilai RM80 juta.

Tindakan itu dilakukan susulan pembabitan sindiket cuci duit yang berlaku dalam kalangan perniagaan artis tempatan. Kegiatan tersebut telah dikesan oleh SPRM, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).

Menurut SPRM, kegiatan ini melibatkan penipuan dan aktivit perjudian yang dilakukan oleh sesetengah individu. Bagaimanapun ia mula dikaitkan dengan artis tempatan berikutan penawaran modal perniagaan kepada mereka bagi menutupi sindiket sebenar.

Cubaan itu dilihat sebagai langkah mengaburi perhatian pihak berkuasa dari di tahan.