Artikel

Jepun Rancang Benarkan Kemasukan 12 Negara, Senarai Ini Termasuklah Malaysia

Mulai bulan hadapan, Jepun merancang untuk menghapuskan sekatan perjalanan ke atas 12 negara terpilih, Malaysia antara negara yang dibenarkan kemasukan tersebut.

Berdasarkan laporan akhbar Yomiuri, seperti yang umum ketahui Jepun ketika ini sedang menyekat perjalanan 159 buah negara dan wilayah.

Bagaimanapun, kini ia memilih untuk membuka semula perjalanan bagi 12 buah negara. Selain Malaysia, negara China, Singapura, Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, New Zealand dan Australia turut dihapuskan sekatan perjalanan.

Meskipun, sekatan tersebut bakal dihapuskan – kerajaan Jepun tetap memberi amaran kepada para pelancong untuk berwaspada dan memikirkan keperluan melancong pada situasi ketika ini. Ini kerana, catatan kematian COVID-19 global telahpun mencecah sehingga angka melebih 1 juta kes kematian.

Tindakan ini dilihat bagi merangsang semula ekonomi negara terlibat, bagaimanapun tiada sebarang desakan perjalanan dilakukan oleh Jepun.