Artikel

Indonesia Pelawa Malaysia Sertai Kerjasama, Tingkatkan Sektor Halal Negara

Indonesia kini mula menunjukkan minat dalam mengembangkan industri produk halal bersama Malaysia.

Negara tersebut telah mula mempelawa syarikat Malaysia untuk menyertai kerjasama perluasan industri halal demi kepentingan ekonomi kedua-dua negara.

Menurut Menteri Transmigrasi Indonesia, Budi Arie Setiadi mengatakan Malaysia memiliki pengalaman dan penglibatan yang tinggi pada sektor halal, sementara itu Indonesia pula memiliki jumlah sumber yang tinggi. Kedua-dua perkara ini penting untuk dimanfaatkan.

Kerjasama ini dilihat berpotensi untuk meningkatkan pasaran global. Pada makluman tersebut Indonesia akan memaklumkan hasrat ini kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Miti) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi perbincangan lanjut.