Artikel

Tatkala Era Murphy Bermula, Tesco Papar Kejatuhan Pada Keuntungan Separuh Pertama

Tesco, peruncit terbesar Britain kini melaporkan penurunan keuntungan teras mereka sebanyak 15.6%, dengan lonjakan penjualan premis mereka disebabkan pandemi COVID-19.

Ini adalah keputusan separuh pertama Tesco di bawah Ketua Eksekutif barunya, Ken Murphy yang bermula minggu lalu. Dia menggantikan Dave Lewis, yang telah mengendalikan premis tersebut sejak 2014.

Berdasarkan laporan keuntungan sebelum cukai mencatatkan peningkatan 28.7% kepada RM2.69 bilion (£ 551 juta).

Bagaimanapun, Tesco kekal optimis dengan menjangkakan keuntungan operasi pasaran pada tempoh 2020 hingga 2021 akan kembali setara dan berterusan seperti perolehan pada tahun 2019 hingga 2020.

Tesco tetap akui pihaknya sedang mengalami kesukaran disebabkan kesan pandemik untuk jangka masa panjang. Di mana penjualan di UK dan Ireland meningkat 8.6% kepada RM118.6 bilion (£ 24.3 bilion), dengan pendapatan keseluruhan RM140.13 bilion (£ 28.7 bilion). Tetapi ia menambah bahawa kos tanggungan COVID-19 telah mencecah RM2.6 bilion (£ 533 juta).

Selain jualan premis, jualan peruncitan pakaian Tesco juga telah memaparkan penurunan kepada 17.2%.

Oleh kerana semakin banyak pelanggan beralih ke membeli-belah dalam talian, syarikat itu melipatgandakan keupayaan penghantarannya untuk mencapai 1.5 juta slot seminggu, termasuk melayani 674.000 pelanggan.