Artikel

MaGIC Laksana E-Nation, Persidangan Secara Maya – Memacu Landskap Ekonomi Negara

Bertemakan Memacu Ekonomi yang Berdaya Tahan, kini Malaysian Global Innovation & Creativity Center (MaGIC) akan mengadakan sebuah platform simposium maya, E-Nation – bagi meningkatkan ekosistem usahawan negara.

Untuk makluman, E-Nation adalah sebuah simposium ekosisitem keusahawanan yang mengumpulkan pelbagai pemain industri dalam kalangan pelabur, usahawan, pengawalselia serta pengubal dasar secara maya. Ia akan diadakan pada 20 Oktober sehingga 23 Oktober ini.

Difahamkan acara ini akan disertai 1,000 peserta syarikat startup berserta 65 moderator tempatan dan luar negara.

Tujuan penerapan acara ini adalah untuk membangunkan ekosistem keusahawanan negara disamping meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan pemain industri berkenan keperluan yang wajar diambilkira berikutan krisis ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Antara panel yang turut serta pada platform ini adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Khairy Jamaluddin, mantan Perdana Menteri Korea Selatan – Dr. Un-Chan Chung, mantan Perdana Menteri New Zealand – Helen Clark, Pensyarah Kejuruteraan Risiko, Universiti New York, Prof. Nassim Nicholas Taleb dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo.