Google sedia menawarkan sejumlah aplikasi untuk produktiviti dibawah jenama G Suite. Nama berkenaan boleh dikatakan kurang menyerlah untuk tujuan pemasaran mahupun pemahaman pengguna. Disebabkan olehnya, kini Google memilih untuk menjenamakan semula penawaran aplikasi produktivit mereka dibawah nama baru, Google Workspace.
Google Workspace merupakan pencabar terus kepada Microsoft Office 365. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah aplikasi pejabat berasaskan web, GMail, Google Meet, dan Google Drive.
Dengan penjenamaan baru ini, ia sekaligus memberikan lebih kemudahan untuk pengguna memahami penawaran mereka – dan pada masa yang sama memperlihatkan fokus pihak Google untuk arena produktiviti dan perusahaan. Apatah lagi dengan norma baharu kini yang memerlukan pengguna untuk bekerja dari rumah dan bergantung kepada pelbagai perisian berasaskan web.
Google Workspoce kini boleh didaftar oleh orang ramai mahupun perusahaan pada harga bermula $6 sebulan untuk seorang, selain turut hadir dengan beberapa pilihan pakej yang lain yang disesuaikan berdasarkan keperluan.