Artikel

PM Muhyiddin Jangka Kes COVID-19 Terus Meningkat, PKPB (Bersasar) Akan Dilaksanakan

Susulan peningkatan kes positif COVID-19 Malaysia telah mencecah sehingga 691 kes positif COVID-19, maka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk tidak melakukan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, PKP Bersasar akan dilaksanakan bagi zon merah COVID-19 yang telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa. Tindakan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sektor ekonomi setempat, namun bagi kawasan lain – proses operasi perniagaan boleh diteruskan seperti biasa.

Malah, pada sidang tersebut – PM Muhyiddin turut menjangkakan kes COVID-19 akan terus meningkat disebabkan penularan ketika ini. Proses kenalpasti kes ini akan terus diperluaskan oleh pihak kesihatan, khususnya bahagian penjara dan pusat tahanan.

PM Muhyiddin turut memberi jaminan, bahawa kerajaan akan memberi notis yang mencukupi kepada rakyat Malaysia bagi setiap pengumuman akan datang.