Artikel

Bantu PKS Beralih Ke Arah Digital, Revenue Monster Umum Kerjasama Dengan GrabExpress

Revenue Monster kini mengumumkan kerjasama mereka dengan perkhidmatan penghantaran GrabExpress, bagi memperkasakan penyelesaian penghantaran antara komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Platform syarikat teknologi kewangan Malaysia ini melihat,  kerjasama ini dapat membolehkan para peniaga menggunakan perkhidmatan à la carte Revenue Monster untuk menjual barangan makanan atau barangan lain secara digital dan menggunakan GrabExpress untuk penghantaran cepat dan selamat kepada pelanggan.

Selaras dengan syarat COVID-19, à la carte juga memudahkan proses pendaftaran masuk. Ia juga menyelaraskan proses pembayaran dengan 15 kaedah pembayaran – termasuk semua e-Wallet utama serta kad debit dan kredit.

Menurut Zafira Azahar, Ketua GrabExpress – kerjasama dengan Revenue Monster ini, sekaligus dapat terus menyokong perniagaan tempatan untuk terus berkembang maju dalam tempoh yang sukar ini.

Usaha ini juga dapat mengembangkan perniagaan melalui platform digital dengan penyelesaian penghantaran yang telah dipertingkatkan.