Artikel

Demi Menjimatkan Kos, Arsenal Tamatkan Perkhidmatan Gunnersaurus

Arsenal kini telah bertindak memecat Gunnersaurus, iaitu maskot kesayangan kelab tersebut.

Perkhidmatan selama 27 tahun itu terpaksa dihentikan.

Tindakan itu dilakukan atas dasar usaha pengurangan kos operasi yang perlu ditanggung oleh pihak kelab disebabkan krisis COVID-19.

Untuk makluman, pemecatan tersebut tidak hanya merangkumi Maskot kesayangan mereka malah turut disertai 55 kakitangan yang lain pada Ogos lalu.

Meskipun Gunnersaurus telah bersama mereka sejak tahun 1993 lagi, namun ia tidak menjamin kedudukannya sebagai keperluan pada kelab terbabit.