Artikel

DG Hisham Akan Laksana Sidang Media KKM Secara Maya, Terpaksa Jalani Kuarantin Kendiri

Terbaharu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham kini memaklumkan pihaknya akan melakukan sidang media KKM pada hari ini secara atas talian sahaja.

Persidangan tersebut dijangka akan dilakukan dari rumah DG Hisham sahaja, tanpa sebarang kehadiran pihak media.

Tindakan itu dilakukan berikutan DG Hisham pada ketika ini perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. Hal ini disebabkan pengesahan status positif COVID-19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Punca penularan tersebut dikatakan kepulangan DS Zulkifli dari Sabah, susulan aktiviti PRN sebelum ini.

Untuk makluman, DG Hisham antara individu yang turut terlibat pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Oktober lalu.