Artikel

IMF Gesa Penglibatan Anggota Pada Pelaburan Infrastruktur, Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi Global

Penglibatan pelaburan awam pada infrastruktur sepeti rawatan kesihatan dan digital mampu menangani permasalahan iklim bagi menignkatkan pertumbuhan ekonomi global sehingga dua tahun.

Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kesemua negara anggota perlu merebut peluang ini dengan melabur pada infrastruktur tersebut bagi penetapan kadar faedah yang sedang rendah ketika ini.

Usaha ini sekaligus dapat mendorong kepada pemulihan ekonomi dunia, krisis kesihatan dan sekaligus menjadikan pertumbuhan global kekal lestari.

Berdasarkan pengamatan IMF, dengan adanya usaha pelaburan tersebut sebanyak 1% daripada KDNK negara maju ataupun negara sedang membangun, ia mampu meningkatkan sehingga 2.7% pertumbuhan ekonomi. Peningkatan itu dianggarkan dapat mewujudkan 7 juta peluang pekerjaan secara langsung dan 20 hingga 33 juta pekerjaan secara keseluruhan sekiranya mempertimbangkan kesan makroekonomi tidak langsung.

Bagaimanapun, melalui laporan Reuters ini – Pengarah IMF Vitor Gaspar mengatakan pelaburan pada infrastruktur dilihat telah lemah sebelum berlakunya krisis COVID-19 ini, oleh itu penawaran kadar faedah yang lebih rendah pada ketika ini adala waktu yang tepat untuk semua negara mula terlibat.

Pelaburan sekarang sangat diperlukan di sektor-sektor yang berkepentingan bagi mengendalikan pandemik, seperti kesihatan, pendidikan, perkhidmatan, pengangkutan awam dan infrastruktur digital.

Tindakan ini akan dibentangkan kelak pada perbicangan sidang minggu hadapan antara Bank Dunia dan IMF.