Artikel

MCMC Keluarkan 15 Kompaun Bernilai RM700,000 Terhadap Pemalsuan Pendaftaran Kad Sim Prabayar

Kini sebanyak 15 kompaun bernilai RM700,000 dikenakan ke atas kesalahan pemalsuan pendaftaran kad sim prabayar.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini telah dilakukan pada 1 Oktober lalu terhadap syarikat telekomunikasi yang tidak melakukan pengesahan maklumat pengguna ketika tahun 2019.

Antara syarikat yang tertinggi dikenakan kompaun kesalahan tersebut adalah U Mobile – 5 kompaun berjumlah RM250,000 diikuti Celcom Axiata Berhad dan Tune Talk dengan 3 kompaun berjumlah RM150,000.

Sementara itu, Maxis Broadband dikenakan sebanyak 2 kompaun dengan nilai RM100,000 manakala YTL Communication dan Tone Plus pula menerima 1 kompaun dengan nilai RM40,000 serta RM10,000.

Penguatkuasaan ini bagi memastikan kepentingan para pengguna dipelihara dan jaminan keselamatan.