Artikel

5 Oktober 2011 – Kempen Pink October Dilancarkan

Detik kita kali ini adalah berkenaan pelancaran Kempen Pink October pada tanggal 5 Oktober 2011.

Pelancaran kempen Kesedaran Barah Payu Dara ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Tujuan pelancaran kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran pada kalangan rakyat negara berhubung penghidap Kanser Payu Dara di negara kita. Ini kerana, peratusan angka penghidap di negara kita memaparkan seramai 45% wanita memiliki kanser berbanding lelaki.

Malah, berdasarkan pengamatan kesihatan 1 dalam 5.5 warga Malaysia dikatakan memperolehi kanser sepanjang hayatnya. Perkiran ini meliputi 1 dalam  4 orang adalah bangsa Cina, 1 dalam 5 orang adalah India dan 1 dalam 7 orang adalah Melayu.

Selain itu, pembabitan kempen ini juga turut menunjukkan kanser payudara adalah kanser dalam kedua tertinggi di negara Malaysia, dan ini adalah kanser utama yang dihadapi rata-rata wanita negara, hanya 1% lelaki sahaja yang mengalami penyakit ini.

Untuk makluman, terdapat tujuh tahap kanser payudara yang dilalui oleh pesakit. Tahap ini merangkumi saiz ketulan kanser yang ada pada bahagian payudara.

Rentetan itu, dengan adanya pelaksanaan kempen ini – ia bukan sekadar memberi kesedaran namun turut mendidik rakyat negara untuk menjalani pemeriksaan yang telah ditetapkan. Terdapat 3 kaedah pemeriksaan yang boleh dilakukan oleh rakyat negara. Iaitu pertama, pemeriksaan sediri payudara (PSP), kedua mammogram iaitu ujian X-Ray payudara dan yang ketiga adalah pengambilan tisu dari payudara (biopsi).

Melalui penerapan kempen itu ia sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi rakyat negara dan sekaligus dapat memahami permasalahan yang dirasai oleh pesakit dari segi mental, emosi dan fizikal.

Sokongan pihak perubatan yang terdiri daripada swasta dan kerajaan juga dilihat telah berjaya meningkatkan kesedaran tersebut sehingga ke hari ini.