Artikel

UEM Sunrise, Eco World Memiliki Potensi Gabungan

UEM Sunrise Bhd dan Eco World Development Bhd kini dicadangkan melaksanakan pengabungan bersama.

Berdasarkan makluman Bursa Malaysia pada hari ini, Eco World mengatakan pihaknya pada 2 Oktober lalu telah menerima surat dari UEM Group Bhd mengusulkan gabungan berpotensi tersebut pada kedua-dua pimpinan.

Tujuan gabungan UEM Sunrise dan EcoWorld akan meningkatkan kemampuan penggabungan skala, kepelbagaian dan pelaksanaan entiti untuk mewujudkan platform perniagaan yang mantap untuk pembangunan di masa depan.

Ini seterusnya akan menghasilkan penciptaan nilai yang lebih besar bagi pemegang saham UEM Sunrise dan Eco World di masa hadapan.

Setelah penyelesaian penggabungan yang dicadangkan, kumpulan UEM Sunrise akan diperluaskan serta memberi tumpuan kepada pembangunan harta tanah di Malaysia dan di luar Malaysia.

Setakat ini, perbincangan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mempertimbangkan cadangan penggabungan tersebut.

Untuk makluman UEM Sunrise kini dimiliki 66.1% oleh UEM Group, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

Menurut UEM Group, sekiranya cadangan penggabungan tersebut dapat dicapai, Eco World akan menjadi anak syarikat milik sepenuhnya UEM Sunrise dan namanya akan dikeluarkan dari senarai Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Cadangan ini juga akan menjadikan Khazanah, melalui UEM Group, kekal sebagai pemegang saham tunggal terbesar UEM Sunrise diikuti Eco World secara kolektif.