Artikel

Media Prima: Kakitangan NSTP, Tiba Dari Sabah Disahkan Positif COVID-19

Media Prima Berhad hari ini memaklumkan salah seorang The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah disahkan positif COVID-19.

Buat masa ini, kakitangan NSTP tersebut telah dtempatkan di hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Untuk makluman, kakitangan tersebut baru tiba dari tugasan editorial di Sabah pada 30 September 2020 dan telah menjalani ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, kakitangan tersebut telah menjalani kuarantin sukarela (​self-quarantine​) di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum beliau didapati positif Covid-19.

Setakat ini, pihak Media Prima sedang berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan kontak rapat pesakit bersama kakitangan lain.