Artikel

Jualan Proton Catat Peningkatan, Melonjak Sehingga 11,935 Unit

Jualan Proton Holdings Bhd bagi bulan September kini melonjak ke 11,935 unit.

Data ini adalah catatan kedua yang tertinggi bagi 2020. Ini bermakna jumlah perjualanan untuk tahun ini sekitar jumlah 73,607 unit iaitu 4.3% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Antara model Proton yang menerajui peningkatan jualan ini adalah X70, Persona dan Exora. Melalui peningkatan jumlah industri (TIV) lebih dari 50,000 unit ini, pasaran automotif Malaysia dilihat telah mencapai permintaan jualan yang stabil.

Ini bermakna, keyakinan para pembeli telah kembali pulih dan dijangka permintaan ini akan berterusan meningkat naik disebabkan pengeluaran model Proton X50.