Jepun kini menyasarkan pelaburan pada sektor pembangunan perubatan, penerbangan, teknologi digital dan pengeluaran makanan halal di Malaysia.
Untuk makluman, Jepun adalah antara pembekal belaburan langsung asing yang terbesar di Malaysia, kira-kira satu per tiga jumlah aliran pelaburan langsung ke negara adalah sumbangan Jepun.
Menurut Hiroshi Oka, Duta Jepun – penglibatan pelaburan Jepun ke dalam industri Malaysia sudah lama dilakukan sejak tahun1970-an lagi, ia dapat dilihat sekitar 1,500 syarikat Jepun di Malaysia – angka itu membawa kepada 40% catatan eksport tempatan adalah dari pembangunan sektor eletrik dan elektronik (E&E).
Kini keyakinan mereka mula beralih kepada sektor yang lebih luas. Meskipun, sektor di seluruh dunia mempamerkan penurunan, namun Jepun masih berjaya mengekalkan 340,000 pekerja bahagian pembuatan di sektor Malaysia.
Berdasarkan sasaran pelaburan baharu – antara yang menjadi tumpuan mereka adalah pelaburan pada industi halal negara. Jepun melihat penyediaan sijil halal negara dipercayai dan diakui seluruh dunia.
Malaysia kini dijadikan sebagai pos pementasan untuk masuk ke pasaran Islam dan Timur Tengah dengan produk makanan mereka mempunyai sijil halal Malaysia.