Artikel

Kerajaan Selangor Umum Bantuan Kepada Mahasiswa Yang Terjejas

Kerajaan Selangor kini mengumumkan mereka akan menyalurkan bantuan kepada para mahasiswa yang terjejas akibat Covid-19.

Untuk makluman, para pelajar universiti akan mula mendaftar pada awal Oktober 2020. Namun, disebabkan peningkatan angka penularan Covid-19, proses berkenaan ditangguhkan, dan KPT mengalakkan proses berkenaan dilakukan secara atas-talian.

Selari dengannya, kini kerajaan Selangor mengumumkan akan menyalurkan bantuan awalan kepada mereka yang terjejas.

Bantuan ini akan memfokuskan tiga kategori mahasiswa, iaitu mahasiswa Selangor yang belajar di Selangor, mahasiswa negeri lain yang belajar di Selangor, dan juga mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain.

Bantuan ini akan meliputi beberapa aspek, termasuk pengangkutan kepada mahasiswa yang perlu pulang ke kampung, bantuan makanan, serta bantuan pelitup muka dan pensanitasi tangan.

Mahasiswa yang terkesan, boleh membuat permohonan melalui pautan yang disediakan hari ini.