Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini umumkan inisiatif UiTM Prihatin, dimana melaluinya universiti berkenaan memberikan insentif sebanyak RM100 untuk setiap pelajar yang telah datang untuk mendaftar di kampus, tetapi terpaksa berpatah balik ke kampung.
Selain pelajar berkenaan, bantuan ini turut akan diberikan kepada pelajar yang telah mendaftar dan terus menetap di kolej kediamman dan diluar kolej kediaman untuk UiT Shah Alam dan kampus-kampus cawangan.
Menurut UiTM, seramai 3252 pelajar telah hadir untuk mendaftar secara fizikal sejak 1 Oktober sehingga 3 Oktober lepas, dan sekitar 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman UiTM.
Pada masa yang sama, UiTM turut mengumumkan mereka akan memberikan pengecualian bayaran kolej untuk bulan Oktober 2020 kepada semua pelajar di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.