Artikel

GoPayz Kini Menyokong Pembayaran Di Terminal Secara NFC

GoPayz merupakan salah satu perkhidmatan dompet digital di Malaysia yang disokong oleh syarikat telekomunikasi U Mobile. Selain hanya penawaran aplikasi, ia juga dilengkapkan dengan penawaran kad fizikal bersama dengannya.

Terbaru, GoPayz turut telah mengemaskini aplikasi Android, sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran di terminal UnionPay International QuickPass POS. Sejumlah pekedai di Malaysia menggunakannya, termasuk di kedai FamilyMMart, Guardian, Petron, Tealive dan sebagainya.

Dengan langkah ini, pengguna hanya perlu menggunakan telefon pintar dengan aplikasi GoPayz, seterusnya menyentuh pada terminal untuk memmbuat pembayaran. Kaedah ini adalah alternatif untuk imbasan kod QR yang sering digunakan oleh kebanyakkan kedai di Malaysia.

Untuk menggunakan ciri ini juga, pengguna perlu memastikan telefon pintar mereka menyokong ciri NFC.