Artikel

KPT Menangguhkan Pendaftaran Pelajar Secara Fizikal Untuk Kemasukan Oktober, Pembelajaran Diteruskan Secara Atas-Talian

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka mencadangkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal untuk pelajar baharu dan lama ke kampus untuk kemasukan Oktober 2020.

Sebagai alternatif untuk pendaftaran secara fizikal atau bersemuka, pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara atas-talian.

Selain itu, KPT turut menekankan yang mana aspek pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara atas-talian sehingga pengumuman baharu dibuat kelak.

KPT turut mengatakan yang mana pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik boleh kekal berada di kampus, dan pihak IPT diminta membantu segala keperluan untuk pelajar berkaitan.

Penangguhan ini dilakukan kerana peningkatan kes Covid-19 akhir-akhir ini di Malaysia. KPT turut mengatakan yang mana mereka telah berunding dengan syarikat penerbangan, dan mereka telh bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020 ini.