Artikel

Donald Trump Kini Disahkan Positif COVID-19

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini disahkan positif COVID-19.

Berdasarkan kicauan Twitter rasmi Trump pada hari ini berkongsikan, keputusan ujian saringan positif ini telah diperolehi bersama isterinya, Melania Trump.

Malam ini, saya dan @FLOTUS telah disahkan positif pada ujian COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan dengan segera. Kami akan laluinya bersama!