Artikel

Khairy: Anggaran Harga Vaksin Untuk Seorang Adalah Sekitar RM21 Hingga RM83

Harga vaksin bagi COVID-19 buat masa ini dianggarkan sekitar RM21 hingga RM83 (AS$5 – AS$20) untuk seorang.

Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi – setakat ini pihak kerajaan sedang melakukan tinjauan harga perolehan vaksin bagi setiap individu. Buat masa ini ia masih lagi di dalam rundingan bersama syarikat farmaseutikal.

Ini kerana, penetapan harga tersebut bergantung kepada keberkesanan jenis dan dos vaksin yang sedang diuji. Malah kerajaan juga sedang menyemak pembelian awal vaksin pada peringkat perundangan.

Seperti umum ketahui, pada 19 September lalu Malaysia telah mengumumkan penyertaan negara pada COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) bagi tujuan memperolehi sebahagian bekalan vaksin.