Shopee bersama Visa kini mengumumkan kerjasama strategik selama lima tahun bagi menggalakkan penyertaan lebih luas dalam ekonomi digital Asia Tenggara.
Usaha ini dilihat sebagai salah satu komponen penting negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi pada keseluruhan rantau.
Malah kerjasama ini adalah sebahagian daripada misi Shopee untuk meningkatkan pengalaman pembelian individu dan perniagaan menerusi teknologi, yang membabitkan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai).
Selain itu, beberapa bulan akan datang – Shopee dan Visa juga bakal melancarkan kad kredit jenama bersama di beberapa pasaran terpilih dengan kerjasama bank-bank tempatan.
Kad ini akan menawarkan ganjaran secara bersepadu dan terus kepada pembeli dan membolehkan Visa untuk mencapai lebih ramai pengguna tempatan.
Sebelum ini, pihaknya telah melancarkan Maybank Shopee Credit Card pada Jun 2020 dan ternyata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia, terutamanya pada beberapa hari pertama pelancaran.