Dalam membantu PKS mikro dalam meringankan beban kewangan perniagaan, disamping meningkatkan produktivit pengeluaran dan perkhidmatan, kini kerajaan menawarkan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.
Melaluinya, PKS Mikro berkelayakkan akan menerima bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3000.
Untuk mendapatkannya, perusahaan anda mestilah bukan penerima GKP sebelum ini, dan mempunyai jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000, serta mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang.
Permohonan ini boleh dibuat melalui Portal GKP bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2020 kelak. Keputusan untuk permohonan boleh disemak bermula 15 November 2020 ini.