Artikel

Permintaan Sewa Hartanah Merudum 5.6% Bagi Separuh Pertama Tahun 2020

Permintaan sewa hartanah negara kini mencatatkan penurunan sebanyak 5.6% bagi separuh pertama tahun 2020.

Berdasarkan laporan Analisis Permintaan Sewa S1 2020 iProperty, penurunan tersebut berlaku disebabkan kesan pandemik COVID-19 yang dialami negara sejak Mac 2020 lalu.

Untuk makluman, pemerhatian tinjauan tersebut telah dilakukan berdasarkan data kunjungan pengguna pada portal kediaman hartanah yang tertumpu di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Pemantauan statistik sewaan ini merangkumi tiga jenis hartanah iaitu rumah teres, kondominium dan kediaman servis.

Pemerhatian yang dicatatkan adalah harga kediaman bertingkat mencatatkan hasil sewa yang lebih tinggi paras atas 4.0% di pasaran berbanding harga sewa kediaman teres yang mencatatkan hasil sewaan sebanyak 3.43% lebih rendah untuk separuh pertama tahun 2020.

Kedudukan ekonomi menjadikan pilihan rakyat Malaysia adalah cenderung untuk menyewa berbanding membeli kediaman.

Malah disebabkan kesan pandemik, rakyat dilihat lebih terperinci dalam mencari pilihan perumahan yang lebih berpatutan dan fleksibel.

Pada tinjauan lain, bulan Ogos lalu iProperty telah mendedahkan bahawa Selangor adalah satu-satunya negeri yang memiliki permintaan positif pada +3.5%. Manakala, permintaan hartatanah di KL pula hanya mencatatkan penurunan marginal -0.3%, sementara permintaan di Pulau Pinang menurun sebanyak -6.5%. Sebaliknya, permintaan hartanah di Johor tetap lemah pada H1 2020 kerana ia sudah mula perlahan sebelum wabak COVID-19 berlaku.