Artikel

Bank Dunia Rancang Peruntukan AS$12 Bilion – Bantu Agihan Dana Vaksin Kepada Negara Miskin

Bank Dunia kini sedang memperuntukkan sejumlah dana RM49.8 bilion (AS$12 bilion) bagi membantu negara-negara miskin berhubung perolehan vaksin.

Peruntukan tersebut telah dimohon kepada lembaga pengarahnya bagi kelulusan penyaluran dana.

Inisiatif ini akan disalurkan kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana. Malah ia juga dapat memberi jaminan keselamatan kepada negara-negara yang memerlukan.

Menurut David Malpass – Presiden Bank Dunia, usaha ini adalah untuk memberi akses kepada negara luar dan membantu ekonomi global. Sekiranya bantuan tersebut tidak diberikan, sudah pasti status pemulihan ekonomi global tidak akan dapat dicapai semula.

Ia melibatkan kehidupan semasa, cara bersosial, pekerjaan dan perjalanan luar.

Setakat ini, dana tersebut dijangka akan diagihkan sepangang tempoh 12 hingga 18 bulan.