Artikel

IKEA Bakal Hentikan Jualan Bateri Alkali Yang Tidak Boleh Dicas Semula

IKEA kini mengumumkan pihaknya bakal menghentikan jualan bateri alkali yang tidak boleh dicas semula daripada rangkaian globalnya bermula Oktober 2021 kelak.

Tindakan ini bagi mendorong para pelanggan untuk beralih menggunakan penyelesaian bateri yang boleh dicas semula. Inisiatif itu bukan sekadar menjimatkan wang malah turut menjimatkan masa yang lebih panjang.

Tumpuan itu juga turut dapat meningkatkan jualan bateri yang boleh dicas semula pada pasaran mereka. Jualan tersebut adalah bateri LADDA IKEA iaitu merupakan bateri hidrida logam nikel (NiMH) yang boleh dicas semula sehingga 500 kali.

Menurut Lars Svensson, Pengarah Kelestarian IKEA Asia Tenggara dan Mexico langkah ini dapat memperkayakan lagi penggunaan produk elektronik dengan persekitaran setempat. Ia bukan sahaja menjimatkan wang namun turut boleh diguna semula.

Berdasarkan kajian Penilaian Kitaran Hidup, bateri NiMH boleh memberi impak yang lebih rendah terhadap persekitaran berbanding bateri alkali.

Ternyata penggunaan bateri LADDA IKEA ini mampu menghasilkan penjimatan yang lebih besar kepada pelanggannya.