Susulan isu penggunaan buruh paksa – Amerika Syarikat (AS) kini mengumumkan sekatan ke atas import minyak sawit keluaran FGV Holdings Berhad.
Menurut Brenda Smith, Penolong Eksekutif Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP), pihaknya telah mengeluarkan arahan Perintah Tahanan Pelepasan terhadap kesemua produk minyak sawit syarikat tersebut.
Tindakan ini telah dilakukan setelah setahun siasatan dijalankan berhubung tuduhan menafikan hak para pekerja. Ini adalah kali pertama CBP mengambil tindakan ke atas pengeluaran FGV.
Berdasarkan siasatan, antara perkara yang diperolehi adalah selain berlakunya penggunaan buruh paksa, keganasan fizikal dan seksual serta penipuan kepada pekerja turut diperolehi.
Apa yang mengejutkan, menerusi siasatan terdapat potensi bahawa kanak-kanak turut digunakan sebagai tenaga kerja untuk proses pengeluaran minyak sawit.
Kenyataan itu tidakdapat diterima oleh AS.
Untuk makluman, FGV Holdings adalah antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, dan dianggarkan memiliki sekitar 30,000 pekerja asing dengan menguruskan kira-kira 1 juta ekar ladang sawit.