Artikel

30 September 1972 – Kronologi Malaysia Airlines, Sebagai Sistem Penerbangan Terawal Negara

Detik sejarah kita kali ini adalah berkenaan peristiwa Pelancaran Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada tanggal 30 September 1972.

Permulaan sistem perkhidmatan penerbangan telah mula dilancarkan oleh Pemangku Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tun Dr. Ismail di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Untuk makluman pembaca, pada pelancaran perkhidmatan tersebut, kapal terbang MAS telah mula beropersi pada 1 Oktober 1972 dengan hanya memiliki lebih 20 penerbangan berlepas dari lapangan terbang Subang.

Ketika itu, MAS menggunakan lambang Wau Bulan sebagai simbolik jenama mereka. Walaupun pada masa itu syarikat MAS masih lagi baru beroperasi namun pengalaman yang tinggi pada bidang penerbangan menjadikan ia sebagai operasi warisan sejarah negara yang harus dilindungi.

Bercerita tentang pengalaman MAS, berdasarkan sejarah pembabitan sistem penerbangan MAS ini – ia sebenarnya telah wujud sejak tahun 1937 lagi. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Syarikat Penerbangan Wearne’s Air, yang beroperasi antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Setelah memasuki tahun ke 1947 – penggabungan syarikat baru telah mengubah jenama sistem penerbangan tersebut kepada Malayan Airways.

Sejak itu, perluasan syarikat penerbangan mula dilakukan bagi tahun 1960 hingga 1972, di mana penerbangan jarak jauh pertama yang telah dilakukan oleh mereka adalah destinasi Hong Kong. Namun ketika tahun 1963, iaitu pada pembentukan Malaysia – Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah berada di bawah naungan yang sama. Oleh itu pertukaran jenama Malayan Airways telah beralih kepada Malaysian Airways.

Bagaimanapun, entiti sistem penerbangan tersebut tidak dapat bertahan dengan lebih lama. Apabila pada tahun 1966, Singapura telah menarik diri dari naungan Malaysia – tindakan itu membawa kepada perubahan syarikat penerbangan kepada Malaysia-Singapore Airlines (MSA).

Meskipun, kedua-dua negara tidak lagi mengamalkan pemerintahan yang sama, gabungan premis tersebut telah mengembangkan lagi operasi penerbangan mereka dari aspek pembelian pesawat Boeing 707 dan Boeing 737.

Setelah 6 tahun, kedua-dua negara tidak lagi bersama dalam menerajui sistem penerbangan MSA, akhirnya operasi tersebut ditamatkan pada 1972. Susulan itu pembahagian syarikat penerbangan MSA telah dibahagikan kepada dua entiti iaitu Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) serta Singapore Airlines.

Maka disinilah bermulanya pembabitan sistem penerbangan MAS secara mutlak di Malaysia.

Tanpa sedar, pembabitan MAS selaku perkhidmatan penerbangan terawal negara telah mewujudkan banyak peluang pelaburan pada pertumbuhan ekonomi negara.

Sistem penerbangan MAS ketika itu dilihat sebagai National Flag Carrier yang bertanggungjawab membantu membawa misi negara ke arah hubungan ekonomi bersama negara luar.

Ternyata perkhidmatan sistem penerbangan MAS ini telah memberi kesan yang positif kepada semua sektor di Malaysia. Ia bukan sahaja meningkatkan mutu perkhidmatan penerbangan negara namun turut memaparkan tawaran kualiti perkhidmatan negara pada dunia.